fbpx

Produk makanan dan pembuatan tarikan pelancongan Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Azizi (enam dari kiri) melawat kedai Roti Binjai Legend di Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Produk berasaskan makanan dan pembuatan yang diusahakan penduduk tempatan akan diketengahkan sebagai daya tarikan pelancongan di daerah ini.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu,  Ahmad Azizi Zulkifli berkata, daerah Hulu Terengganu mempunyai beberapa produk makanan dan pembuatan tradisional yang mempunyai keunikannya tersendiri.

“Ramai pelancong domestik mengunjungi Hulu Terengganu semata-mata untuk merasai  keenakan masakan ikan baung tempoyak yang di jual di restoran dan gerai sekitar daerah ini.

“Selain itu, kuih tradisional Terengganu, kayu keramat yang di jual di gerai Roti Binjai Legend, Kampung Buluh, Kuala Berang di sini  juga semakin mendapat tempat,” katanya kepada Kosmo! selepas mengetuai Konvoi Bermotosikal Pegawai Daerah Hulu Terengganu ke Kampung Pasir Tinggi, Kuala Berang di sini hari ini.

Ahmad Azizi berkata, kegiatan penduduk setempat seperti pembuatan pisau dan tembakau secara tradisional serta ternakan landak juga boleh ditonjolkan sebagai tarikan pelancongan baru di daerah ini.

Beliau berkata, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu akan mengambil inisiatif mempromosi kesemua produk-produk berpotensi tersebut pada setiap acara yang di sertai seperti pekan budaya daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI