fbpx

Honda BR-V baharu cecah 1,400 unit tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Honda BR-V baharu terus popular dalam kalangan pengguna.

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh sebulan selepas pelancaran Honda BR-V baharu di pasaran tempatan, model tersebut telah mencatatkan sebanyak 1,400 unit tempahan.

Sejak mula-mula diperkenalkan di negara ini pada 2017, kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tujuh tempat duduk itu merupakan antara model paling popular dalam segmennya dengan 32,600 unit telah terjual.

Honda BR-V baharu dilengkapi enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang digabungkan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) dan mampu mencapai kuasa maksimum 120PS, yang tertinggi dalam kelasnya.

Ia juga cukup praktikal dengan but seluas 223 liter dengan semua kerusi dinaikkan dan sekiranya bahagian kerusi belakang dilipat, keluasan butnya mencecah 539 liter.

85 peratus daripada Honda BR-V yang ditempah adalah daripada varian V, manakala selebihnya adalah jenis varian E yang lebih rendah.

Warna paling popular pula ialah ‘Modern Steel Metallic’ yang mewakili lebih daripada 24 peratus tempahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI