fbpx

Double Bonanza tawar rebat khas bernilai RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hua Yang Berhad, menawarkan rebat khas bernilai RM15,000 kepada pembeli rumah.

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, Hua Yang Berhad menawarkan rebat khas bernilai RM15,000 kepada pembeli rumah sempena kempen Double Bonanza Savings (Penjimatan Bonanza Berganda) bagi projeknya di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Hua Yang, Ho Wen Yan, berkata, kempen tersebut diadakan dari 15 Julai lepas sehingga 30 September ini.

 

Sakura (Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak).

 

Tambah Ho Wen Yan, pembeli rumah bakal menikmati anggaran penjimatan sehingga mencecah RM128,000.

“Menerusi kempen ini, sasaran utama pembeli kami adalah golongan yang sedang mencari rumah impian mereka bagi pembeli pertama memperolehi hartanah sendiri terutamanya bagi golongan muda.

“Inisiatif ini juga sejajar dengan pelancaran semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang bertujuan untuk menyuntik sokongan tambahan kepada pembeli kediaman yang dimajukan oleh Hua Yang,” katanya melalui satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

 

Astetica Residen (Seri Kembangan, Selangor)

 

Menurutnya, HOC dilancarkan buat kali pertama pada 2019, merupakan program kerajaan yang dirangka untuk merangsang transaksi hartanah menerusi rebat dan tawaran menarik.

Jelasnya lagi, selain daripada rebat khas yang ditawarkan sehingga RM15,000 pembeli juga bakal menerima pelbagai tawaran yang menarik sepanjang kempen ini berlangsung.

Elemence (Taman Denai Alam, Johor).

 

“Ini adalah peluang keemasan untuk kami menambah nilai dan membuka peluang kepada bakal pelanggan memiliki rumah impian mereka pada harga mampu milik, tanpa menjejaskan aspek kualiti.

“Rebat tersebut bergantung kepada projek, selain kepada pemilik rumah Hua Yang sedia ada, mereka bakal menerima saguhati sebanyak RM2,000 kerana memperkenalkan hartanah perumahan kami kepada keluarga dan rakan-rakan lain,” ujarnya.

Ho Wen Yan menegaskan, tawaran daripada kempen ini juga akan diberikan kepada pembeli rumah Aston Acacia (Bukit Mertajam, Pulau Pinang), Elemence (Taman Denai Alam, Johor), Sakura (Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak) dan juga projek-projek terpilih di Lembah Klang. Orang ramai boleh layari laman web http://www.huayang.com.my. untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Aston Acacia (Bukit Mertajam).
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI