fbpx
Sharof menunjukkan pintu masuk rumah milik lelaki yang ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas lantai di Perumahan Wakaf Mek Zainab semalam.

Lelaki ditemui mati tertiarap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di atas lantai berhampiran tandas di dalam sebuah rumah di Perumahan Wakaf Mek Zainab di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 8.10 malam tadi daripada orang awam sebelum pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati, pintu rumah mangsa tidak berkunci sebelum menemui mayat lelaki berusia tertiarap di lantai dengan bau busuk.

“Mayat mangsa ditemui dengan hanya memakai kain pelikat oleh abang lelaki itu yang datang melawat malam tadi. Tiada sebarang kecederaan dan senjata ditemui berhampiran mangsa.

“Barangan peribadi mangsa iaitu telefon bimbit dalam keadaan baik dan kawasan rumahnya juga tidak menunjukkan kesan geledah atau dipecah masuk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahim, siasatan juga mendapati mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan lampau.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati, kakak mangsa bertemu dengan lelaki itu kira-kira dua minggu lalu dan dilaporkan kesihatannya masih dalam keadaan baik.

“Mangsa juga tidah pernah mengadu mengalami sebarang kesaikitan atau mendapatkan rawatan di hospital.

“Mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.  K! ONLINE

POPULAR