fbpx
Rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan kejadian seorang bayi serta dua wanita cedera dirempuh sebuah kereta di sebuah hospital swasta di Kota Damansara semalam.

Wanita, bayi baru lahir cedera dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bayi berusia sehari dan dua wanita cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan dalam satu kejadian di pekarangan sebuah hospital swasta di Kota Damansara di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.46 petang, suspek berusia 62 tahun itu dikatakan sedang menunggu anaknya di pintu utama hospital sebelum tertekan pedal minyak keretanya yang mengakibatkan rempuhan berlaku.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga lagi kenderaan yang berada di kawasan berkenaan turut dilanggar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota Altis tertekan pedal minyak sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu.

“Kereta yang dipandu suspek terbabas sebelum melanggar dua wanita berusia 30 dan 35 tahun serta bayi berusia sehari.

“Seorang mangsa dilaporkan berada di zon merah manakala dua lagi dilaporkan stabil tetapi masih menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar har ini.

Menurutnya lagi, hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek sudah ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR