fbpx
WAN Saiful Kudri (kanan) dan Mohd. Amir Hafizudin (dua dari kiri) di bawa keluar dari kamar mahkamah selepas dihadapkan atas 34 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Dua kakitangan UniSZA didakwa 34 pertuduhan kemuka tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Dua kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 34 pertuduhan menipu dengan mengemukakan tuntutan palsu berhubung penyelenggaraan kenderaan jabatan yang tidak wujud berjumlah keseluruhan RM37,879 pada sembilan bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Mohd Amir Hafizudin Zakaria, 31, dan Wan Saiful Kudri Che Wan Ahmad, 38, yang masing-masing merupakan pembantu tadbir kewangan dan pembantu akauntan universiti itu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memperdaya Penolong Akauntan UniSZA dengan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan kenderaan-kenderaan jabatan universiti itu.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Bendahari UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus dari Oktober hingga Disember 2019 .

Mohd. Amir Hafizudin dan Wan Saiful Kudri didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

POPULAR