PUTRAJAYA – Sebanyak 15 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan 11 kes penularan tempatan dan empat kes import menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,779 kes.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, daripada 11 kes tempatan, lapan adalah warganegara manakala tiga bukan warganegara.
“Satu kes kematian turut direkodkan membabitkan seorang penghuni lelaki pusat jagaan warga emas yang dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.
“Mangsa mengalami gejala demam dan batuk serta sejarah penyakit darah tinggi kronik serta strok,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE