fbpx

Tunku Azizah terharu dianugerahkan Pingat Perkhidmatan WAGGGS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima pengiktirafan tertinggi dengan dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) semalam.

Pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat melalui saluran YouTube WAGGGS oleh Pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia, Ana Maria Mideros hari ini.

Kata saluran itu, ia dianugerahkan kepada Tunku Azizah susulan penglibatan, perkhidmatan serta sumbangan luar biasa Seri Paduka dalam persatuan itu sama ada di peringkat nasional mahupun global.

“Pihak kami sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi Tunku Azizah dan ia terserlah melalui pencapaian serta peranan Seri Paduka.

“Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan khas atas dedikasi dan sokongan Tunku Azizah yang tidak pernah kenal lelah untuk pergerakan,” katanya.

Pingat Perkhidmatan itu adalah pengiktirafan tertinggi diberikan WAGGGS kepada individu cemerlang yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri pada peringkat nasional serta global.

Tunku Azizah pernah menyandang gelaran Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Pahang serta Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Pada 2015, baginda berkenan menjadi Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri (EAPW) membabitkan keanggotaan dari 27 negara di rantau Asia Pasifik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN