fbpx

Kedai jual rim kereta dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Pemilik sebuah kedai tayar kereta di Taman Kota Permai, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini terpaksa menanggung kerugian apabila sebahagian premis itu terbakar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun beberapa tayar dan rim kereta hangus dijilat api.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah kedai tayar kereta dua tingkat.

“Kebakaran berlaku di tingkat satu premis dengan kemusnahan dianggarkan kira-kira 10 peratus.

“Api telah dapat dikawal pada pukul 1.01 petang dan kebakaran dipadamkan pukul 1.08 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi melibatkan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda sambil dibantu balai Bukit Mertajam.

Sementara itu, jumlah kerugian yang dialami pemilik premis masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN