fbpx

Pelajar asrama tingkatan 4, 6 bersekolah 15 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pelajar tingkatan empat dan enam semester satu tahun 2020 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, keutamaan diberi kepada kumpulan pelajar berkenaan bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam pada 2021.

“Bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah berasrama, mereka akan memulakan persekolahan pada 3 Ogos depan.

“Pada masa ini, mereka akan meneruskan pembelajaran yang berasaskan home-based learning sehingga mereka kembali semula ke sekolah pada Ogos ini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, keputusan itu meliputi Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Seni Malaysia.

“Kami sentiasa berusaha memastikan semua murid dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka, manakala dalam konteks sekolah berasrama, beberapa penambahbaikan dibuat ke atas tatacara pengurusan asrama berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan.

“Penambahbaikan ini dimasukkan sebagai tambahan kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 60 Tahun 2020 pada 9 Julai lalu,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, kementerian membenarkan pelajar untuk pulang ke rumah bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

“Kementerian sentiasa mengambil kira pandangan dan saranan Kementerian Kesihatan dalam memastikan semua murid sekolah berasrama dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dalam keadaan yang selamat,”jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN