fbpx

Pandemik Covid-19 bantu tingkatkan jualan Carsome 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carsome menjadi pilihan pengguna untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jualan kereta terpakai

KUALA LUMPUR –  Platform dagangan kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara, Carsome mengunjurkan pertumbuhan jualan yang lebih baik pada bulan Julai ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, sejak bulan lalu, operasi perniagaan syarikat hampir pulih sepenuhnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin dilonggarkan.

Menurutnya, transaksi bulan Jun dicatat tiga kali ganda lebih banyak daripada bulan sebelumnya dengan peningkatan lebih daripada 70 peratus tahun ke tahun.

 

Tarif baru faktor pertingkat permintaan pengguna

“Pengenalan tarif  baharu di Malaysia, Indonesia dan Thailand juga telah menyumbang kepada permintaan pengguna terhadap kereta baharu dan terpakai.

“Ini mengakibatkan pengguna mengelak menggunakan  pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailing pada waktu pandemik ini. 

“Peralihan kepada pemilikan kereta persendirian atas faktor keselamatan dan kebersihan menyebabkan peningkatan bilangan pemeriksaan dan penjualan kereta di semua pusat pemeriksaan Carsome,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

 

Selain itu, Cheng menjelaskan, Carsome juga telah mendapat lebih permintaan daripada peniaga kereta terpakai untuk menambahkan inventori mereka bagi memenuhi permintaan pengguna. 

 “Kami terus maju dengan beberapa pelancaran produk baru, termasuk aplikasi mudah alih CarPartner dan CarsomeGO, yang dapat menaiktaraf aliran kerja dan proses membuat keputusan,” jelasnya.

 

Aplikasi mudah alih dilancar untuk mudahkan pelanggan

CarPartner adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan rakan kongsi Carsome membuat janji temu pemeriksaan kereta, memeriksa status janji temu dan mendapatkan anggaran nilai kereta dengan serta-merta. 

CarsomeGO pula aplikasi mudah alih di Indonesia yang membolehkan peniaga kereta terpakai tempatan untuk mengambil bahagian dalam pembidaan kereta di mana jua mereka. 

Selain itu, menurut Tinjauan Pengguna Carsome (Carsome Consumer Survey) yang dijalankan pada bulan April 2020, keyakinan pengguna di Malaysia dan Indonesia terhadap perkhidmatan penjualan kereta secara online seperti Carsome kekal kuat. 

Satu dalam setiap empat rakyat Malaysia dan Indonesia yang ditinjau berkata mereka tetap akan terus menggunakan perkhidmatan penjualan kereta dalam talian. 

“Tinjauan tersebut juga mendapati bahawa 34 peratus rakyat Malaysia, 43 peratus rakyat Indonesia dan 25 peratus rakyat Thailand yang ditinjau merancang untuk menjual kereta mereka dalam tempoh 12 bulan, dengan kebanyakan alasan untuk melupuskan kereta lama dan mendapatkan lebih wang.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI

BERITA BERKAITAN