fbpx

City layak beraksi di saingan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terlepas daripada penggantungan dua tahun daripada UEFA selepas rayuan mereka di terima CAS.

 

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berpendapat pasukannya berhak untuk beraksi dalam saingan elit Liga Juara-Juara (UCL) musim depan biarpun mereka hampir gagal berbuat demikian kerana berdepan penggantungan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebelum ini mendapati City telah melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP) kerana mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu besar pada pasaran perpindahan pemain sebelum ini menyebabkan mereka hampir terlepas aksi UCL untuk dua musim.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi The Citizens apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menerima rayuan yang dikemukakan sekali gus menyaksikan mereka berjaya mengetepikan hukuman penggantungan tersebut.

Menurut Guardiola, wang sebanyak RM10.72 bilion sepanjang 20 tahun yang dibelanjakan City berjaya memperlihatkan hasil apabila mereka kini sudah berjaya menandingi pasukan gergasi England lain seperti Manchester United, Arsenal dan Chelsea.

GUARDIOLA percaya City mampu memberi cabaran pada saingan Eropah musim depan.

 

“Sejumlah wang yang besar telah dilabur seperti juga kelab-kelab lain dan kami berada pada landasan yang betul. Kami terlepas daripada hukuman ini kerana telah mengikuti peraturan yang ditetapkan.

“Banyak kelab lain yang turut membuat pelaburan seperti yang kami lalukan. United dan Arsenal melakukannya sebelum mereka meraih kejuaraan dan ia merupakan pelaburan yang besar.

“Kamu membangunkan kelab ini sejak lebih sedekad lalu untuk bersaing dengan pasukan elit di Liga Perdana England dan UCL. Bagi tujuan itu, kami memerlukan sumber kewangan yang besar tetapi sudah tentu adakalanya kami melakukan kesilapan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN