fbpx

Agong, Permaisuri lawat mural gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah bergambar bersama mural gergasi memaparkan potret pemimpin negara termasuk baginda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam semalam. – SYARAFIQ ABD SAMAD

ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat mural gergasi memaparkan potret pe­mimpin negara termasuk ba­gin­da di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini semalam.

Turut mengiring baginda ada­­lah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah lskandariah dan anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah.
Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra selama 30 minit bersama tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27, yang menghasilkan potret baginda itu.

Selain potret Al-Sultan Abdul­lah, pelukis berkenaan turut meng­hasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

 

 

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kebe­rangkatan Al-Sultan Abdullah ada­lah atas inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri dan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golo­ngan belia negara.

“la turut mencerminkan ke­pe­ribadian tinggi baginda me­nyan­tuni ketiga-tiga pelukis itu dan menghargai usaha murni mereka sehingga mendapat sam­butan hangat dan tular di media sosial.

“AI-Sultan Abdullah menzahir­kan harapan supaya usaha me­re­ka menjadi contoh, sumber inspirasi dan teladan kepada golongan belia negara untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baik­nya,” kata­nya dalam satu kenya­taan.
Sementara itu, Muhammad Suhaimi berasa teruja dan gembira dapat bertentang mata de­ngan Al-Sultan Abdullah serta meneri­ma surat penghargaan dan cende­rahati daripada Istana Negara.

“Saya tidak menyangka usaha kami bertiga dihargai tinggi seumpama ini dan ternyata ia tidak sia-sia.

“Baginda ternyata amat priha­tin dengan rakyat jelata dan kami akan meneruskan usaha ini seba­gai simbolik menghargai jasa pe­mimpin negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN