fbpx

Nelayan ambai, lukah dinasihat berwaspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK kampung menaikkan lukah dari Sungai Segamat sebagai langkah berjaga-jaga di musim tengkujuh ini [2:44 PM, 1/3/2021] Kosmo Sharkawi: Foto FARAHWAHIDA WAHID

SEGAMAT – Nelayan di daerah ini dinasihatkan jangan turun ke sungai sekiranya keadaan cuaca tidak menentu sepanjang musim tengkujuh ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Segamat,Mansor Ibrahim, 70, berkata, peringatan itu bagi memastikan nelayan yang menggunakan teknik ambai dan lukah rmengambil langkah keselamatan sebelum ke Sungai Segamat, Chodan dan Muar.

“Saya nasihatkan mereka supaya berpakaian cerah dan sentiasa mengambil langkah keselamatan sepanjang musim tengkujuh ini.

“Tambahan pula, jika mereka berusia emas dan berseorangan, kalau boleh kita tak galakkan mereka turun ke sungai,” katanya ketika ditemui di Kampung Tebing Tinggi, Segamat di sini hari ini.

Selain itu, Mansor berkata, di Segamat terdapat seramai 52 nelayan air tawar sebahagiannya tidak aktif lagi dan jika turun ke sungai harus ditemani dan memaklumkan kepada waris terlebih dahulu.

“Walau pun berlaku kes terpencil seperti nelayan yang lemas berseorangan ketika menangkap ikan di sungai namun ianya tidak harus dipandang ringan.

“Kita akui ada di antara nelayan yang berpengalaman luas mengenai seluk belok sungai namun tidak bermakna mereka mampu mengharungi setiap dugaan alam,”katanya.

Sementara itu, nelayan Sungai Chodan, Abdullah Mohamad Dom, 60, berkata, maklumat berkaitan dengan keadaan cuaca semasa sentiasa dititik beratkan setiap kali di musim hujan.

“Bila tiba musim tengkujuh, saya tetap turun ke sungai kerana ia merupakan punca pendapatan utama saya selain inilah waktu berlakunya lambakkan ikan baung, ikan lampam dan udang galah.

“Namun saya akan mendapatkan maklumat kaji cuaca terlebih dahulu sebelum turun ke sungai.

“Bukan apa, keadaan di sungai tidak sama seperti di darat, kalau air naik mendadak bot nelayan boleh terbalik akibat arus deras,”ujarnya.

Menurut Mansor lagi, nelayan yang turun ke sungai pada musim tengkujuh ini perlulah menyediakan peralatan keselamatan seperti ditetapkan dalam syarat lesen.

Antara peralatan yang perlu diperiksa ialah jaket keselamatan dan pelampung di dalam bot selain sekurang-kurangnya peralatan telekomunikasi telefon bimbit yang berfungsi dengan baik.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI