fbpx

Penunggang motosikal rempuh kereta maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kenderaan dalam nahas di jalan masuk menghala ke Lui Selatan, di sini, petang tadi.

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kenderaan dalam nahas di jalan masuk menghala ke Lui Selatan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, mangsa, Den Jahoring, 25, pekerja kilang perabot di Seremban, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa.

“Dipercayai penunggang motosikal sedang memotong kenderaan dihadapannya lalu datang kereta dari arah bertentangan dan tidak sempat mengelak serta bertembung di bahagian hadapan di laluan kereta yang sah.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, pemandu kereta pula mengalami luka di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Jempol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI