Gambar hiasan.

Guru prasekolah didakwa noda kanak-kanak dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang guru prasekolah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, April lalu.

Tertuduh, Muhamad Shazali T. Sharipudin, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berkenaan kira-kira pukul 10 pagi pada 1 April lalu ketika berada di dalam kelas prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Rembau.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa kira-kira pukul 9 pagi pada 3 April lalu, juga di dalam kelas prasekolah sekolah berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi dan tertuduh diwakli Peguam bela tertuduh, Syed Amirul Syed Edros.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN