fbpx
AL-KHELAIFI mendapat sokongan penuh UEFA untuk bertanding jawatan Presiden FIFA menentang Infantino. - AFP

Presiden PSG akui tidak minat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi tidak berminat dengan cadangan yang memintanya menyertai pertandingan menentang Gianni Infantino bagi merebut jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabanga (FIFA).

Wujud gesaan daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk mengangkatnya bertanding pada pemilihan baharu pucuk pimpinan FIFA yang dijadualkan berlangsung Mac ini namun Al-Khelaifi dilaporkan ambil pendekatan berbeza.

“Nasser langsung tidak mempunyai cita-cita, niat, mahupun minat terhadap peranan ini (presiden) di FIFA. Dia akan terus menyokong bola sepak global dan Eropah secara senyap,” menurut sumber rapat dengan Al-Khelaifi.

Infantino ketika ini menerima kritikan dan tekanan hebat selepas cadangannya untuk menjual sebahagian hak Piala Dunia kepada pihak ketiga.

Infantino dijangka akan berdepan tentangan untuk mempertahankan jawatannya dimana UEFA terus melancarkan kritikan bagi melihat muka baharu untuk memimpin FIFA.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan, UEFA maklum wujud tentangan ketara terhadap FIFA. Sudah tiba masanya untuk mengutamakan persatuan, kelab, liga, pemain dan peminat,” jelas UEFA.

Terdahulu, selepas Wales menarik sokongan, Serbia dan Sweden turut mengambil pendekatan sama, tidak lagi menyokong Infantino bagi mempertahankan jawatan presiden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN