fbpx
Anggota bomba melakukan penyelamatan mangsa kepala air di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baharu, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Empat pengunjung diselamatkan selepas terperangkap kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Empat individu berjaya diselamatkan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air ketika beriadah di kawasan air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baharu, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.19 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

“Laporan awal mendapati seorang lelaki dewasa berbangsa Cina terperangkap akibat kepala air ketika menjalankan aktiviti mandi-manda di kawasan air terjun berkenaan.

“Bagaimanapun, hasil operasi mendapati jumlah sebenar mangsa yang terlibat ialah empat orang yang berada di dua lokasi berasingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba dengan bantuan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali menggunakan teknik ‘river crossing’ dengan satu tali penyelamat bagi membawa keluar semua mangsa.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.33 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN