fbpx
Khairul Akhbar (tiga kanan) ketika merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs Indera Mahkota di SASICC, Kuantan hari ini.

Pahang catat penyertaan tenaga buruh 65.3 peratus, tertinggi Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pahang merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur iaitu sebanyak 65.3 peratus bagi suku pertama 2026.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Akhbar Firdaus Khan berkata, kadar pengangguran pula kekal rendah pada paras 1.9 peratus, sekali gus mencerminkan pertumbuhan ekonomi negeri yang terus kukuh.

Beliau berkata, pencapaian itu didorong oleh perkembangan sektor pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan perlombongan, selain disokong peluasan akses kepada peluang pekerjaan menerusi Portal MYFutureJobs.

“Matlamat itu diperkasakan menerusi Portal MYFuture Jobs yang berfungsi sebagai ekosistem pekerjaan nasional bagi menghubungkan rakyat, majikan dan kerajaan secara lebih pintar dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs Indera Mahkota di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan hari ini.

Karnival berkenaan menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan melibatkan 30 majikan daripada pelbagai industri, sekali gus memberi ruang kepada pencari kerja mendapatkan pekerjaan sepadan kelayakan dan pengalaman.

Tambah Khairul Akhbar, sepanjang tempoh 2023 hingga 24 Julai 2026, seramai 26,877 pencari kerja di Pahang berjaya memperoleh pekerjaan menerusi platform MYFutureJobs hasil pelbagai inisiatif pasaran buruh yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dalam tempoh sama, Perkeso menganjurkan 1,277 program temu duga dan karnival kerjaya di seluruh Pahang, selain merekodkan lebih 10,000 kekosongan jawatan yang diiklankan melalui Portal MYFutureJobs dengan penyertaan 11,857 pencari kerja berdaftar pada 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN