PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dengan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan negeri Pahang, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 9 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Pahang ialah Temerloh, Maran dan Bera.
“Di Sarawak pula, cuaca buruk dijangka melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Song, Kapit dan Bukit Mabong di Kapit serta Tatau dan Bintulu,” katanya, hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia melaporkan di Sabah, amaran melibatkan Kuala Penyu di kawasan Pedalaman selain seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE














