fbpx
Penduduk mengibarkan bendera parti PH menjelang malam di Kampung Air Kuning , Linggi. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

PRN N. Sembilan: PH dahului saingan di tiga DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) mendahului saingan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di laman web parti itu setakat pukul 6.50 petang tadi.

Tiga kerusi berkenaan ialah DUN Mambau, Bahau dan Bukit Kepayang.

Di Mambau, Lee Kai Yet memperoleh 64 peratus daripada 117 kertas undi yang dikeluarkan, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Eric Michael yang meraih 35 peratus, manakala calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Sarawanan Nagayah memperoleh dua undi.

Di Bahau, Teo Kok Seong mendahului dengan 78 peratus daripada 67 kertas undi yang dikeluarkan, meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Chong Fui Ming yang memperoleh 15 peratus.

Sementara itu di Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon memperoleh 63 peratus daripada 537 kertas undi yang dikeluarkan, mengatasi calon PN, Lee Boon Shian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN