fbpx
Kebakaran melanda Hotel Pullman di Jakarta Barat pagi tadi. - ANTARA

Hotel mewah di Jakarta terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kebakaran yang berlaku di Hotel Pullman kawasan Jakarta Barat dipercayai berpunca daripada masalah litar elektrik, demikian menurut saluran berita CNBC Indonesia.

“Proses memadamkan api selesai,” kata pusat pengurusan kebakaran dan operasi menyelamat Jakarta seperti dipetik laman berita detikcom hari ini.

Operasi memadamkan api berakhir pukul 9.15 pagi (waktu tempatan). Sebanyak 70 anggota bomba dan penyelamat  dikerahkan dalam operasi tersebut, bersama 14 jentera bomba.

“Kebakaran mungkin berpunca daripada masalah litar elektrik di tingkat 2,” katanya.

Ketika kebakaran bermula, pekerja hotel cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam api ringan (APAR), namun api cukup besar dan tidak padam menyebabkan mereka menghubungi bomba.

Pihak berwajib masih belum menyatakan punca sebenar kebakaran atau kerugian akibat bencana itu. Tidak ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN