fbpx
SEORANG mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan, hari ini atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua cucu tiri perempuannya pada tahun 2025 dan Jun 2026.

Mekanik tidak mengaku noda dua cucu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucu tirinya yang masing-masing berusia empat dan tujuh tahun dalam kejadian pada tahun 2025 dan Jun lalu.

Tertuduh berusia 57 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk tiri dengan mangsa didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun lima bulan itu bagi maksud seksual.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah di Hutan Melintang dalam daerah Bagan Datuk pada pukul 12.30 tengah hari, 6 Jun 2026.

Tertuduh turut didakwa bagi pertuduhan kedua iaitu melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama dengan menyebabkan kanak-kanak itu melihat gambaran visual aktiviti bersifat seksual di lokasi, masa dan tarikh sama.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di lokasi sama pada pukul 12.30 tengah hari pada tahun 2025.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan dan Anisah Pisol memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada setiap bulan selain meminta tertuduh mendapatkan khidmat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN