fbpx

Wany pandu lori gear manual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Wany Hasrita memandu lori yang dimuat naik di Twitter kelmarin.

PETALING JAYA – Sentiasa tampil ayu dan sopan, siapa sangka penyanyi popular Wany Hasrita rupa-rupanya boleh memandu lori.

Lebih menarik perhatian dan mengagumkan apabila penyanyi berusia 29 tahun itu memandu kenderaan berat tersebut menggunakan gear manual.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkongsi video menunjukkan dia memandu lori menerusi akaun Twitter miliknya kelmarin.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle (uruskan), inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” tulis Wany Hasrita ringkas sambil berseloroh.

Video berdurasi lima saat itu telah ditonton lebih 185,000 kali dan mendapat tanda suka sebanyak 8,666 daripada pengikut Twitter.

Wany Hasrita

Rata-rata pengikut media sosial berasa teruja dan kagum melihat aksi pelantun lagu Belenggu Rindu itu yang mampu mengendalikan sebuah lori apatah lagi menggunakan gear ma­nual.

“Perempuan yang pandai memandu mengunakan gear ma­nual sangat rare (jarang) ya. Lori pula,” tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga ada pengguna lelaki yang berseloroh dengan mengatakan mereka berasa tercabar melihat kemampuan Wany Hasrita memandu kenderaan berat tersebut.

“Wah, pandai bawa lori. Rasa tercabar sangat apabila melihat orang perempuan pandai bawa (memandu) lori,” kata seorang pengguna lelaki.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI