fbpx
HARIMAU Malaya berjaya mengutip mata penuh selepas dua perlawanan ketika membenam Laos pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin.

Piala ASEAN: Peluang ke separuh akhir cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAOS memberikan ‘latihan’ terbaik buat Harimau Malaya yang bakal berdepan ujian sebenar dengan menentang jaguh Asia Tenggara, Thailand pada perlawanan ketiga Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Rajamangala, Sabtu ini.

Pada aksi kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin, skuad kendalian Tan Cheng Hoe menang bergaya apabila mengatasi Laos 4-0 sekali gus mengukuhkan harapan layak ke separuh akhir.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tampil memberikan amaran kepada pemain supaya tidak berasa selesa dengan kemenangan kali kedua ini kerana masih banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan.

“Sebagai jurulatih, saya sangat berpuas hati dengan keputusan ini apabila kami mampu meneruskan momentum dan tingkatkan lagi persefahaman pasukan. Tiga mata beri motivasi kepada kami sebelum hadapi Thailand.

“Tetapi, sudah pasti kami masih ada banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan untuk tingkatkan lagi permainan kami sebelum hadapi perlawanan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Paulo Josue yang turun selaku kapten membuka jaringan pertama skuad negara diikuti jaringan kedua daripada Endrick Dos Santos, gol sendiri pemain Laos, Viengxay Sitdavong sebelum pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal meledak gol keempat menerusi sepakan percuma.

Pemain sayap muda negara, G. Pavithran turut cemerlang pada perlawanan kali ini apabila menyumbangkan dua bantuan jaringan hingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Di babak pertama kami sedikit bergelut kerana pasukan lawan bertahan dengan baik. Pavithran ada potensi besar untuk masa depan dan saya perlu bimbing serta beri keyakinan kepadanya supaya jadi lebih berani untuk mara ke depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN