fbpx
Gambar yang dikongsi individu tersebut di aplikasi Threads.

Bukan RM60, tetapi RM180 sehari jaga paddock F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bukan RM60, tetapi RM180 sehari ada yang sanggup?.”

Demikian tawaran yang dibuat oleh seorang individu di aplikasi Threads yang dikenali sebagai Naimdeanna berkenaan elaun untuk bertugas sepanjang perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain yanga akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Oktober ini.

Kata individu itu, elaun tersebut bukanlah sebagai sukarelawan, tetapi sebagai petugas keselamatan pada acara tersebut.

“Kalau tak nak volunter (sukarelawan) sehari RM60, mari ikut saya. Elaun sehari RM180 event security (petugas keselamatan acara). Lagi untung jaga kawasan paddock club (garaj pasukan) F1.

“Tujuh hari bekerja, dari hari Isnin sampai Ahad. Dari setup, training (latihan), sampai la hari event (perlumbaan). Yang penting berbaloi,” katanya.

Jelas individu itu, hanya petugas ‘kental’ sahaja yang boleh bertugas di kawasan garaj tersebut.

Katanya, apa yang paling seronok apabila menjadi petugas tersebut adalah dapat melihat pelumba depan mata.

“Pengalaman paling best (seronok) dapat tengok pelumba depan mata dan siap pegang lagi dan bergambar lagi. Memang rare (luar biasa),” katanya.

Bagaimanapun katanya, untuk menjadi petugas keselamatan, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan perlu bekerja keras.

“Komer (kamu) semua sanggup ke kerja macam ni? Sehari 12jam. Ada syif siang 8 pagi sampai 8 malam dan syif malam 8 malam sampai 8 pagi.

“Makan sehari tiga kali dapat. Tempat tinggal disediakan duduk homestay (inap desa). Kerja 7 hari sahaja. Paling penting basic speaking english (boleh bertutur bahasa Inggeris).

“Pengalaman lima tahun event security untuk F1 dan MotoGP. Lagi best jaga kawasan area paddock club sahaja. Siap dapat baju topi free (percuma) lagi dari driver (pemandu) atau rider (penunggang). Yang penting kualiti kerja dulu,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN