fbpx
SUKRI (tiga dari kiri) melihat sebahagian daripada 500kg pukat hanyut yang berjaya dinaikkan di sekitar perairan Langkawi, hari ini.

Lebih 500kg pukat hanyut dikeluarkan dari perairan Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Lebih 500 kilogram (kg) pukat hanyut yang mengancam ekosistem marin berjaya dinaikkan dari perairan pulau ini menerusi Program Reef Rescue @ Ecosystem Approach to Fisheries Management (EAFM) Langkawi.

Pengarah Perikanan Kedah, Sukri Deris berkata, pukat tersebut kebiasaannya ditinggalkan nelayan selepas mengalami kerosakan ketika menangkap ikan di tengah laut dan tidak lagi boleh digunakan.

“Pukat yang ditinggalkan akan hanyut sebelum tersangkut pada batu karang, sekali gus merosakkan struktur karang serta memerangkap dan mencederakan hidupan marin.

“Keadaan ini memberi kesan kepada pertumbuhan karang yang menjadi habitat semula jadi anak ikan dan seterusnya menjejaskan keseimbangan ekosistem perikanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Reef Rescue @ EAFM Langkawi di Pangkalan Kubang Badak, di sini hari ini.

Menurut beliau, program selama dua hari itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta sukarelawan tempatan dalam usaha memulihara ekosistem marin di Langkawi.

Katanya, selain menjalankan aktiviti menyelam untuk mengeluarkan pukat hanyut, seramai 93 peserta turut berjaya mengutip kira-kira 100kg sampah menerusi program pembersihan pantai di Pulau Pasir, selain melaksanakan aktiviti penanaman karang di lokasi sama. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN