fbpx
Ahli SHBKG, Nenek Alan bergambar di plot perhutanan tani regeneratif miliknya yang mengamalkan kaedah pertanian organik bebas bahan kimia di Kampung Jong, Perak.

SHBKG berjaya komersialkan hutan bakau jana pendapatan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Yayasan Sime Darby (YSD) adalah cabang filantropi Sime Darby Berhad (Sime) yang komited dalam memacu perubahan positif buat komuniti terpinggir.

Menerusi pembiayaan bersasar dan jalinan kerjasama strategik bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Global Environment Centre (GEC) dan Global Peace Foundation Malaysia (GPFM), yayasan itu menyokong pelbagai program peningkatan taraf hidup masyarakat.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Sime dalam menjayakan agenda GEAR-uP nasional untuk meningkatkan siling ekonomi rakyat, sekali gus mengukuhkan peranan Kumpulan dalam pembangunan komuniti.

Sejak tahun 2020, YSD telah menyalurkan dana sebanyak RM5.7 juta kepada program pemuliharaan pokok bakau GEC, yang dilaksanakan menerusi kerjasama dengan kumpulan komuniti di Perak, Kedah, Selangor dan Johor, termasuk Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula (SHBKG).

Menerusi sokongan padu daripada YSD dan GEC, Pengerusi SHBKG, Puji Astuti telah berjaya membangunkan kumpulan tersebut menjadi sebuah persatuan yang aktif berjaya menjana pendapatan sendiri daripada eko pelancongan.

“Apabila saya melihat kawasan bakau yang dulunya kosong menjadi hijau, saya rasa gembira. YSD memberi kami peluang dengan meletakkan kepercayaan di bahu kami untuk memulihkan dan melindungi alam sekitar. Kami tidak memandang ringan amanah ini, kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Puji Astuti

KOSMO!: Bagaimana boleh puan terlibat dalan projek Paya Bakau GEC?
PUJI ASTUTI: Saya mula berpindah ke Kuala Gula, Perak sejak 29 tahun lalu dan terlibat sebagai pemandu pelancong alam Sekitar.

Sebelum itu, saya memulakan perniagaan kecil-kecilan membuat ikan masin dan udang kering untuk menampung perbelanjaan harian dan ketika itu saya tidak tahu menahu tentang pokok bakau sehinggalah diperkenalkan tentang Global Environment Centre (GEC) yang membawa saya mengenali de­ngan lebih dekat Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula (SHBKG).

Ia adalah sebuah kumpulan komuniti yang ditubuhkan selepas tsunami melanda pada tahun 2004 untuk memulihkan habitat bakau di kawasan tersebut.

Saya mengambil kursus pemandu pelancong berkemahiran alam semula jadi setempat yang ditaja oleh GEC untuk SHBKG. Saya kemudian menjadi ahli dan berkhidmat sebagai setiausaha dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi pada 2018.

Bagaimana keadaan di SHBKG semasa puan mula-mula mengambil alih sebagai Pengerusi?
Ketika itu, SHBKG mempunyai sedikit dana dan tiada hala tuju jelas. Perkara pertama yang saya lakukan adalah membina semula keyakinan komuniti dengan menganjurkan me­syuarat dan memaklumkan secara terus-terang bahawa kumpulan itu tiada dana tetapi usaha akan digerakkan untuk membolehkan kami menggerakan sistem yang dibangunkan iaitui mana ahli-ahli berdaftar, akan menerima sebahagian daripada sumbangan yang diperolehi oleh kumpulan, manakala sukarelawan menerima elaun.

Ini menggalakkan lebih ramai sukarelawan untuk menjadi ahli. Perlahan-lahan, kumpulan bertambah kepada 20 ahli dan 20 sukarelawan berdaftar daripada Kuala Gula.

Bagaimanakah sokongan YSD, menerusi GEC, mengubah keadaan dalam komuniti?
Berkat sokongan mereka, kami dapat memulakan kembali kerja-kerja penanaman semula pokok, dan kami mengendalikan tapak semaian yang boleh menampung sehingga 30,000 anak benih.

Kami juga telah membeli sebuah bot daripada hasil jualan anak benih yang digunakan untuk ekopelancongan, aktiviti memancing dan penanaman dan pendapatan yang dijana akan disalurkan kembali kepada komuniti SHBKG. Kawasan Kuala Gula yang lebih luas juga mendapat manfaat.

Sebelum ini, hanya terdapat dua atau tiga bot yang digunakan untuk aktiviti memancing di sini. Sekarang terdapat kira-kira 20 pengendali, kerana kawasan bakau yang kian pulih telah mengembalikan hidupan marin seperti ketam, kepah dan ikan, seterusnya menambah punca pendapatan nelayan tempatan.

Kesan ini membuka pe­luang pendapatan lebih konsisten bagi nelayan dan keluarga mereka di kawasan ini, membantu meningkatkan pendapatan kumpulan komuniti yang lebih luas. YSD memberi kita landasan, dan berbekalkan bimbingan dan sokongan GEC, kami belajar untuk menyara hidup kami.

Penduduk yang dikenali sebagai Nenek Alan menunjukkan produk teh herba  hasil daripada latihan pemprosesan makanan berasaskan tani dan pembangunan produk yang dilaksanakan oleh Yayasan Sime Darby.

Apakah perubahan yang puan lihat dalam kalangan wanita dalam kumpulan?
Kebanyakan ahli SHBKG terdiri daripada wanita, ibu tunggal dan suri rumah berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 60 tahun.

Sebelum menyertai SHBKG, mereka lazimnya duduk di rumah dengan peluang terhad untuk meraih pendapatan.

Kini berasaskan inisiatif SHBKG se­perti kerja-kerja mengisi polibeg, menanam bakau dan menghasilkan produk seperti jem atau kerepek bakau, mereka telah terlibat dalam kegiatan ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Aktiviti ini bukan sahaja memberi mereka pendapatan sam­pingan tetapi juga memupuk keupayaan berdikarii.

Bagaimana puan memastikan pendapatan terus diagihkan demi manfaat komuniti?
Kami menggunakan model 50-30-20. Sejumlah 50 peratus dikembalikan kepada operasi SHBKG, seperti membeli polibeg, membayar elaun dan menyenggarakan peralatan manakala 30 peratus diperuntukkan ke dalam dana simpanan SHBKG untuk membiayai aktiviti masa depan dan perkara luar jangka.

Selain itu, baki 20 peratus dikhaskan untuk tujuan kebajikan, seperti membantu ahli yang jatuh sakit.Ketelusan amat penting agar semua orang dapat menyemak ke mana wang di­salurkan dan ini akan membina kepercayaan.

Apakah cabaran paling besar yang puan hadapi?
Untuk mengubah cara pemikiran komuniti Kuala Gula, penduduk mempersoalkan menga­pa kita patut menanam semula pokok bakau sedangkan pokok-pokok tersebut sudah ada dan permit pembalakan telah dikeluarkan.

Mereka menganggap usaha kami sia-sia sahaja. Saya mengingatkan mereka bahawa kita menanam, bukan untuk diri kita sendiri, tetapi demi generasi masa depan dan alam sekitar. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN