fbpx
PENAMPILAN Salman yang kelihatan tidak bermaya menggusarkan peminat.

Pucat macam mendiang Dharmendra, Salman Khan sakit teruk?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VIDEO penampilan terkini Salman Khan yang menghadiri sebuah acara tular dan hangat diperkatakan dalam media sosial.

Jika sebelum ini hero filem Bajrangi Bhaijaan itu dipuja kerana ketampanan dan tubuh sasanya, kini ramai terkejut melihat dia kelihatan tua dan tidak bermaya.

Lebih membimbangkan pengikut setianya, Salam dilihat terbatuk-batuk dalam video itu.

“Salam kelihatan tidak sihat. Wajahnya seperti mendiang Dharmendra. Dulu dia merupakan antara pelakon terkacak di dunia. Semoga cepat sembuh,” komen netizen.

Gara-gara video itu, ramai menebak aktor berusia 61 tahun itu kemungkinan besar menghidap Trigeminal Neuralgia, sejenis penyakit yang menyerang bahagian muka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN