fbpx
RONALDO dianggap memiliki jenama lebih besar berbanding Portugal menyebabkan pasukan itu bakal berdepan kesukaran tanpa kehadiran pemain itu. - AFP

Portugal ‘hilang nilai’ tanpa Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Perancangan lebih rapi perlu digerakkan bermula sekarang bagi mengelak Portugal dilanda ‘tragedi’ selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo dalam pasukan kebangsaan.

Sejak sekian lama, Ronaldo menjadi ‘magnet’ kepada perhatian terhadap Portugal, namun semua itu akan hilang apabila pemain itu menamatkan kariernya di pentas antarabangsa.

Pakar pemasaran terkemuka, Daniel Sa percaya Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF) harus memulakan strategi awal sebelum Ronaldo yang juga pemenang Ballon d’Or lima kali itu mengumumkan persaraan secara rasmi.

Antara yang memberi kesan kepada pasukan kebangsaan adalah membabitkan aspek komersial, bakal berlakunya penurunan pendedahan di platform media hingga memberi kesan kepada pendapatan kewangan.

Sa percaya jenama pasukan kebangsaan Portugal ketika ini masih lagi meluas kerana dibarisi oleh Ronaldo yang disifatkan berjaya beri impak daripada dalam dan luar padang.

“Agak kasar untuk diperkatakan, namun daripada perspektif jenama, Ronaldo lebih besar daripada pasukan kebangsaan Portugal. Saya bukan membuat analisa sukan, tetapi ia lebih kepada analisa jenama.

“Ia akan menjadi tragedi apabila tiada lagi Ronaldo dan perhatian akan jatuh secara mendadak. Ronaldo yang membuatkan Portugal mendapatkan dana sejak lebih 20 tahun.

“Saya percaya FPF sedang menyiapkan naratif berbeza kerana mereka tidak boleh bergantung kepada seorang individu dan mereka kena menerokai strategi dengan lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN