fbpx
Qaseh Adriyana dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Di mana Qaseh Adriyana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas kali terakhir dipercayai berada di kawasan KLCC.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 13 tahun itu pada pukul 5.25 petang.

Menurutnya, remaja berkenaan dikenali sebagai Qaseh Adriyana Zainal Abidin dan dipercayai hilang sejak pukul 6.30 pagi pada hari sama.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat 48 kilogram, berbadan tinggi kurus, berambut lurus dan berkulit sawo matang.

“Lokasi terakhir mangsa dipercayai berada di kawasan KLCC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan remaja berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN