fbpx
Gambar hiasan

Hati-hati banjir, hujan di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak hingga pukul 9 malam.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda negeri pantai timur termasuk Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh).

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di Perak (Hulu Perak), Negeri Sembilan (Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Bagi negeri Sabah pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu),” jelasnya.

Turut terlibat ialah beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Lundu), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN