fbpx
Semangat kesukanan terserlah apabila 12 pasukan media bersama TNB berkumpul pada Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

TNB anjur Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 di Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar di sini hari ini.

Kejohanan yang bermula pukul 8 pagi itu disertai 12 pasukan mewakili organisasi media utama negara iaitu TV3, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Bernama TV, Astro Awani, Astro Arena, RTM, Malaysia Gazette, Utusan Malaysia, Kosmo! serta TNB selaku tuan rumah.

Kejohanan itu turut dimeriahkan kehadiran barisan pengurusan tertinggi TNB termasuk Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Kamal Arifin A. Rahman yang menjalankan tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB serta Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Samsul Ariffin Zainuddin.

Penganjuran kejohanan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara TNB dan rakan-rakan media.

Kali terakhir TNB menganjurkan kejohanan seumpama itu adalah pada 2019 menerusi kejohanan futsal bersama media sempena Hari Belia Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN