fbpx
RAFE (kiri) bersama Pengerusi MBSB, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (tengah) menyaksikan pemeteraian MoU bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

MBSB Bank sedia komitmen pembiayaan RM1 bilion untuk perniagaan di NCER

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara Semenanjung menerusi komitmen pembiayaan berjumlah RM1 bilion serta penyediaan penyelesaian kewangan Islam komprehensif.

Merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, NCER antara wilayah ekonomi yang berkembang paling pesat di Malaysia dengan menarik pelaburan domestik dan asing signifikan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan termaju, logistik, agroperniagaan serta ekonomi digital.

Seiring dengan perkembangan ini, MBSB Bank terus memperkukuh peranan sebagai rakan kewangan strategik dengan menyediakan penyelesaian pembiayaan yang membolehkan perniagaan berkembang, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

Ia merangkumi pembiayaan projek dan perniagaan, akaun operasi dan eskrow, pengurusan tunai, pembiayaan perdagangan, penyelesaian pembayaran gaji, perkhidmatan perbendaharaan, perbankan digital serta pelbagai kemudahan perbankan komersial yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Berhad, Rafe Haneef berkata, Koridor Utara terus menjadi destinasi utama bagi pelaburan bernilai tinggi serta menawarkan peluang besar kepada perniagaan dalam sektor rel, automotif, E&E, aeroangkasa serta pembuatan untuk terus berkembang.

“Menerusi komitmen pembiayaan RM1 bilion ini dan kerjasama kami dengan NCER, kami komited menyediakan penyelesaian pembiayaan dan perbankan yang membolehkan perniagaan berkembang dengan lebih yakin,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN