fbpx
Zulkifli menandatangani plak sempena perasmian surau jumaat di Surau Al-huda, Taman Intan Baiduri, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Kelulusan surau Jumaat dibuat ikut keperluan – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebarang kelulusan pembinaan atau pewartaan surau Jumaat akan dibuat  bergantung kepada keperluan sesuatu kawasan, termasuk jumlah jemaah dan jarak dengan masjid berhampiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan berkata, kerajaan tidak menetapkan sasaran tertentu bagi menambah bilangan surau Jumaat, sebaliknya setiap permohonan akan dinilai berdasarkan beberapa faktor.

“Sekiranya ada masjid yang berdekatan, tidak perlulah diwujudkan surau Jumaat. 

“Tetapi jika masjid sudah melimpah dengan jemaah dan lokasinya jauh dari masjid berhampiran, memang kita akan cuba usahakan sebaiknya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Surau Jumaat Al-Huda, Taman Intan Baiduri, di sini hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengenal pasti lokasi yang memerlukan kemudahan tersebut berdasarkan maklum balas dan permintaan penduduk setempat.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Surau Jumaat Al-Huda merupakan surau Jumaat ke-15 yang diluluskan pada tahun ini.

Katanya, ketika ini Malaysia mempunyai kira-kira 7,000 masjid berdaftar, lebih 18,000 surau dan melebihi 1,000 surau Jumaat di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN