fbpx
Anugerah diterima oleh Ketua Komunikasi dan Penjenamaan Kumpulan bagi pihak Malakoff, Suriati Mokhtar dan Ketua Pegawai Kewangan, Sofia Zakaria bagi pihak Alam Flora.

Malakoff, Alam Flora rangkul anugerah tertinggi empat tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan anak syarikatnya, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) merangkul dua anugerah di pentas Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2026 yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Pencapaian itu sekali gus mengekalkan rekod cemerlang kedua-dua organisasi berkenaan selama empat tahun berturut-turut.

Malakoff menerima Anugerah Kepimpinan ESG dan Modal Insan bagi kategori Syarikat Terbaik (Penjanaan Tenaga), manakala Alam Flora memenangi Anugerah Impak Lestari dan Pemerkasaan Pekerja bagi kategori Syarikat Terbaik (Pengurusan Sisa).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Syahrunizam Samsudin berkata, pengiktirafan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan syarikat terhadap agenda kelestarian dan pembangunan modal insan.

“la hasil strategi yang terancang, disiplin modal berterusan, serta kepercayaan organisasi bahawa cara kami menjana nilai adalah sama pentingnya dengan apa yang kami hasilkan.

“Tahun lalu, kami berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Sri Kelestarian ASEAN sulung kami satu langkah pelopor yang pertama bagi pengeluar tenaga bebas Malaysia dan berjaya tersenarai dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, warga kerja Malakoff turut merekodkan lebih 40,000 jam latihan pada tahun lalu serta merangkul empat Anugerah Emas di Konvensyen Antarabangsa Lingkaran Kawalan Kualiti di Taipei.

“Mereka bersaing dengan 323 pasukan global. Ditambah pula dengan kejayaan mengekalkan sifar insiden rasuah yang disahkan dan sifar pelanggaran hak asasi manusia.

“Anugerah ini meraikan budaya kerja yang berakar umbi yang memacu perjalanan transisi kami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN