fbpx
Alzafny pada sidang akhbar kesiapsiagaan PDRM menjelang PRN Negeri Sembilan Ke-16. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

PRN Negeri Sembilan: Parti politik, calon jangan sentuh sensitiviti 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R (agama, raja dan kaum) bagi memelihara ketenteraman awam sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh isu 3R sama ada melalui ceramah, bahan kempen, kenyataan media atau media sosial boleh dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

“Selain Akta Kesalahan Pilihan Raya, siasatan juga boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang lain termasuk Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya terdapat kesalahan dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Menurut Alzafny, semasa proses penamaan calon dan tempoh berkempen, semua parti politik serta calon diingatkan supaya mengawal penyokong masing-masing.

Beliau berkata, mereka perlu mengelak sebarang provokasi, perarakan yang tidak dibenarkan, penyebaran berita palsu, fitnah, ucapan kebencian serta kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Pada hari mengundi, semua pihak hendaklah memberikan kerjasama kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain menghormati hak pengundi serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu kelancaran proses pengundian atau mencetuskan kekecohan di pusat mengundi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN