fbpx
AEON Bank menggunakan platform mudah alih untuk membolehkan pelanggan melaksanakan transaksi perbankan secara digital.

Term Financing-i, Working Capital Financing-i AEON Bank tawar penyelesaian pembiayaan berhemah, beretika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia, telah melancarkan Term Financing-i dan Working Capital Financing-i di bawah segmen perbankan perniagaan, AEON Bank Biz,  bagi meluaskan fasiliti pembiayaannya  kepada para pelanggan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kemudahan pembiayaan ini direka untuk menyediakan modal yang fleksibel mengikut keperluan perniagaan yang mana  kedua-dua kemudahan ersebut dibangunkan untuk membantu perniagaan patuh syariah lebih tangkas menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.

Kedua-dua produk tersebut selaras dengan prinsip pembiayaan kewangan syariah  berasaskan konsep Murabahah melalui Tawarruq, sekali gus menawarkan penyelesaian perbankan yang telus dan beretika di pasaran Malaysia.

Mengulas lanjut, Term Financing-i direka untuk membiayai projek pertumbuhan jangka sederhana mahupun jangka panjang dan juga untuk pembelian aset serta pembangunan infrastruktur, sambil memelihara aliran tunai yang sihat.

“Ia juga menawarkan fleksibiliti seperti tiada cagaran diperlukan, tiada caj tersembunyi bagi permohonan atau penggunaan pembiayaan dan tempoh bayaran balik fleksibel sehingga 60 bulan

Bagi Working Capital Financing-i  pula, ia bertujuan untuk memperkasa perniagaan dengan fleksibiliti kecairan kewangan yang menyediakan ni menyediakan kemudahan kredit yang fleksibel bagi memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek.

“Working Capital Financing-i oleh AEON Bank Biz, direka untuk membantu perniagaan mengimbangi jurang bajet operasi dalam kitaran kewangan semasa.

Antara kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan adalah kecairan kewangan bernilai tinggi dengan pilihan penyaluran pembiayaan berbilang, dalam had kemudahan pembiayaan yang diluluskan bagi tempoh sehingga tiga tahun.

Selain itu, turut ditawarkan fleksibiliti untuk menjelaskan prinsipal dan memperbaharui had pembiayaan yang diluluskan tanpa perlu membuat permohonan pembiayaan berulang kali, tempoh pengeluaran sehingga 12 bulan dan penyaluran pembiayaan diuruskan sepenuhnya secara dalam talian, dengan dana disalurkan terus ke Akaun Semasa Perniagaan-i AEON Bank Biz milik pelanggan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN