fbpx
Kor Ming semasa Jelajah Sentuhan Kasih KPKT ke Negeri Sembilan. Foto ihsan laman X NGA KOR MING.

Nga Kor Ming teruskan tugas, sempurnakan jelajah KPKT di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menegaskan beliau dan pasukannya kekal komited meneruskan tanggungjawab kepada rakyat apabila menyempurnakan Jelajah Sentuhan Kasih KPKT di Negeri Sembilan hari ini.

Kor Ming menerusi hantaran di laman X berkata, lawatan kerja itu melibatkan sembilan program yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, meskipun berdepan pelbagai cabaran, perkara itu tidak menghalang beliau bersama delegasi KPKT daripada terus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Saya telah mengetuai delegasi KPKT menyempurnakan Jelajah Sentuhan Kasih KPKT ke Negeri Sembilan.

“Dalam jadual yang padat, ia merangkumi sembilan program yang fokus kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan turun naik dalam dunia politik dan pentadbiran sebagai perkara biasa, namun menegaskan fokus utamanya ketika ini ialah terus berkhidmat kepada rakyat.

“Pasang surut perkara biasa, yang penting saya dan rakan-rakan kekal komited bekerja kuat untuk rakyat dan negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP mendakwa beliau akan menjadi individu pertama melepaskan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Beliau turut berkata, DAP tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana menganggap isu berkenaan sebagai ‘garis merah’ parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN