fbpx
Citrawarna 2026 menampilkan kelainan dengan mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya, warisan, serta keindahan alam semula jadi Malaysia.

Tawaran hotel eksklusif rancakkan Citrawarna 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersempena dengan penganjuran Citrawarna 2026 pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, lebih 40 hotel dan premis penginapan terpilih di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri menawarkan promosi penginapan eksklusif bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan sepanjang tempoh program dilaksanakan.

Citrawarna 2026 dengan tema ‘Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa’ yang berlangsung selama tiga hari merupakan acara kebudayaan ikonik negara yang cukup mengujakan.

Festival ini menampilkan kelainan dengan mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya, warisan, serta keindahan alam semula jadi Malaysia menerusi persembahan rona warna yang memukau, menawarkan platform unik kepada pengunjung domestik dan antarabangsa untuk merasai sendiri kekayaan identiti serta kepelbagaian budaya tanah air.

Tawaran istimewa hotel dan premis penginapan yang turut serta merangkumi kadar bilik pada harga menarik serta pakej gabungan unik bagi memberikan penginapan yang selesa dan boleh ditempah mulai pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos 2026, sekali gus memberi pilihan terbaik kepada pelawat yang merancang percutian singkat sempena festival tersebut.

Menurut Tourism Malaysia, selain tawaran penginapan, rangkaian hotel yang terlibat turut menyemarakkan festival berkenaan menerusi inisiatif Citra Rasa (Colours of Flavour) dengan memperkenalkan hidangan yang diinspirasikan daripada warisan kulinari setiap negeri di Malaysia di kafe dan restoran hotel masing-masing.

“Menerusi inisiatif gastronomi asli ini, para pengunjung berpeluang menikmati kepelbagaian hidangan tradisional yang kaya dengan keunikan warisan rasa yang tersendiri,” katanya.

Maklumat lanjut termasuk senarai hotel yang terlibat, butiran pakej, serta inisiatif Citra Rasa akan diumumkan secara berperingkat menerusi platform media sosial di @citrawarna.my dan @malaysia.truly.asia, atau boleh didapati di www.malaysia.travel. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN