fbpx
Anggota polis sedang memerikasa mayat mangsa yang dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Baling-Gerik, Bukit Kemangi di Baling awal pagi tadi.

Seorang maut, tiga cedera nahas dua kereta di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Baling-Gerik, Bukit Kemangi, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.14 pagi sebelum 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kemalangan tersebut membabitkan sebuah Proton Saga yang dinaiki tiga lelaki yang juga pekerja sebuah restoran makanan segera serta sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki.

“Seorang penumpang Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM). Pemandu Proton Waja pula tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.

“Lelaki terbabit dan dua lagi mangsa termasuk pemandu Proton Saga mengalami kecederaan. Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN