fbpx
Gambar hiasan.

Had persaraan penjawat awam kekal umur 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan kepada kumpulan kakitangan penjawat awam buat masa ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketika ini, tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur kepada penjawat awam dan ia kekal pada usia 60 tahun.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini.

“Oleh yang demikian, had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada umur 60 tahun,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini tadi.

Ketika ini, umur persaraan wajib bagi penjawat awam di Malaysia ditetapkan pada 60 tahun, yang juga merupakan umur persaraan minimum bagi sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Bagaimanapun, kumpulan itu boleh membuat persaraan pilihan lebih awal iaitu pada umur 55, 56 atau 58 tahun dengan kebenaran ketua jabatan masing-masing.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat turut memaklumkan bahawa had umur persaraan wajib akan dikaji semula seiring peralihan Malaysia ke arah negara tua.

Perkara itu terkandung dalam Prakarsa Kesembilan RMK-13 yang menekankan aspek keadilan sosial dan kesaksamaan peluang untuk seluruh rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN