fbpx
ANWAR ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka 2026 dan 70 Tahun Felda di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka di Maran hari ini.

Kepimpinan Wan Rosdy perlu dicontohi negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menjaga hubungan dan memberikan kerjasama baik kepada kerajaan Pusat perlu dicontohi semua negeri lain.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Wan Rosdy itu perlu dipelajari oleh negeri-negeri lain.

“Hendak pilih Menteri Besar macam inilah, senang kita kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini kena hubungannya baik. Jadi senang dia minta apa-apa saya boleh pertimbang.

“Ini contoh Pahang ini patut negeri-negeri lain belajar, yang faham, faham, yang tak faham sudah. Hormat, kerjasama baik, ada setuju, ada tidak setuju. Sentiasa berunding,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka 2026 dan 70 Tahun Felda di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar turut memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dapat berkumpul di Stadium Tun Abdul Razak melakar beberapa sejarah.

“Pertama, anak bangsa yang peka tentang sejarah akan kenang budi pemimpin-pemimpin ulung yang berjasa dan berkhidmat. Dan saya syukur alhamdulillah, kerana bersama-sama di Jengka, Dewan Tun Abdul Razak, pengasas, pejuang bangsa dan negara yang gagah, bukan sahaja mengasaskan Felda, tapi mengangkat martabat rakyat terutamanya Melayu bumiputera.

“Saya percaya sambutan ini sama hebatnya. Saya mengarahkan Felda supaya tidak meneruskan sambutan besar-besaran di Kuala Lumpur seperti biasa, harus pindah ke lapangan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN