fbpx
Gambar hiasan.

Tiada mungkir janjir pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menegaskan dakwaan kononnya kerajaan memungkiri janji pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan TARC adalah tidak benar.

Sebaliknya, lanjutan pengecualian cukai selama tiga tahun diberikan secara interim sementara yayasan itu melengkapkan syarat pematuhan ditetapkan di bawah undang-undang percukaian.

Kementerian Kewangan berkata, selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mulai 27 November lalu, kelulusan pengecualian cukai bagi institusi, organisasi atau tabung kebajikan yang layak boleh diberikan untuk tempoh maksimum sepuluh tahun.

Katanya, ia dilaksanakan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Namun, kelulusan tersebut bukan secara automatik, sebakiknya ia tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian.

“Kerajaan menghargai dan mengiktiraf peranan TARC Education Foundation atau Yayasan Pendidikan TARC dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kementerian Kewangan berkata, bagi permohonan Yayasan Pendidikan TARC untuk melanjutkan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) selepas kelulusan sedia ada tamat pada tahun 2025, semakan mendapati terdapat beberapa syarat yang masih belum dipenuhi sepenuhnya.

“Ini termasuk pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma yang perlu diperbaiki Yayasan Pendidikan TARC.

“Mengambil kira peranan penting Yayasan Pendidikan TARC dalam sektor pendidikan, kerajaan telah mengambil pendekatan berhemah dengan memberi lanjutan
pengecualian cukai sementara secara interim selama tiga tahun,” katanya.

Tempoh lanjutan ini memastikan kedudukan pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC kekal sementara tindakan pematuhan syarat dimuktamadkan.

Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sedia membantu memudahcara Yayasan Pendidikan TARC dalam usaha penambahbaikannya.

“Sekiranya semua syarat dipenuhi, Yayasan Pendidikan TARC layak untuk mendapat kelulusan pengecualian cukai bagi tempoh penuh sepuluh tahun, selaras dengan pengumuman kerajaan.

“Justeru, isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan dan kerajaan kekal komited terhadap sokongan kepada pendidikan, termasuk peranan Yayasan Pendidikan TARC.

“Namun semua kelulusan cukai mesti dibuat mengikut undang-undang, syarat pematuhan dan prinsip tatakelola yang baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN