fbpx
MOHAMAD ASRI SEBIN (kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Onn Abu Bakar (tengah) dalam program Ramah Mesra Bersama Anak Muda di Senggarang, Batu Pahat malam tadi.

PRN Johor: 60 ahli Bersatu masuk PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Senggarang Timur menerima tamparan saat akhir apabila 60 ahlinya mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi.

Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Bersatu Cawangan Senggarang Timur, Mohamad Asri Sebin berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mereka memilih untuk menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berharap mereka yang masih dalam Bersatu dapat berhijrah dan buka minda. Saya pilih kerajaan yang memerintah negara kita dan itu adalah pendirian saya,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pada program Ramah Mesra Bersama Anak Muda di Senggarang.

Sementara itu, Onn yang juga calon Pakatan Harapan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang berkata, beliau dimaklumkan kemasukan itu membabitkan kira-kira 60 anggota baharu, dengan sebahagian lagi masih dalam proses mengisi borang keahlian.

“Kami difahamkan lebih kurang 60 anggota baharu daripada Bersatu menyertai PKR. Ada lagi borang yang belum diisi dan saya berharap dapat menyerahkan borang ini kepada Perdana Menteri esok (hari ini) jika berkesempatan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16  pada 11 Julai nanti, Onn akan berhadapan dengan saingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang DUN Senggarang, Mohd Yusla Ismail dan bekas ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mewakili Perikatan Nasional(PN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN