fbpx
MAGHRIBI membawa reputasi besar untuk mengulangi prestasi terbaik mereka mara ke separuh akhir pada edisi empat tahun lalu. - AFP

Piala Dunia 2026: Maghribi tekad kekal aksi memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON – Selepas berjaya melepasi halangan Belanda di pusingan 32 menerusi penentuan penalti yang dramatik, Maghribi percaya mereka perlu kekal berada pada prestasi terbaik untuk aksi seterusnya.

Menjelang saingan pusingan 16 terbaik, pengendali Maghribi, Mohamed Ouahbi mengakui mereka tidak boleh mengambil mudah cabaran lawan mereka, Kanada biarpun pasukan itu melayakkan diri buat pertama kali sejauh itu.

Ouahbi telah mengendalikan skuad kebangsaan sejak Mac lalu, namun beliau merupakan jurulatih skuad bawah 20 tahun Maghribi ketika pasukan senior negara itu mencipta sejarah dengan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

Beliau juga tahu apa yang diperlukan untuk memenangi perlawanan kalah mati selepas berjaya membawa Maghribi muncul juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2025 dengan menewaskan Perancis dan Argentina di peringkat kalah mati serta Sepanyol dalam saingan peringkat kumpulan.

Menurutnya, perlawanan menentang Kanada bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi beliau percaya jika anak-anak buahnya mempamerkan corak permainan terbaik, Maghribi mampu melangkah ke pusingan seterusnya.

“Ramai yang fikir ia akan menjadi perlawanan yang mudah untuk kami, seolah-olah Maghribi hanya perlu berjalan di taman, tetapi hakikatnya tidak begitu.

“Saya mengenali pasukan Kanada. Mereka adalah pasukan yang akan memberikan cabaran besar kepada kami. Kami perlu berehat secukupnya dan kembali dengan tenaga yang segar.

“Apa yang perlu kami tanamkan dalam diri adalah tiada siapa yang mampu menghalang kami jika kami bermain seperti yang kami mahu dan tiada pasukan yang mustahil untuk ditewaskan.

“Saya sentiasa mengingatkan pemain-pemain saya. Jika kami melakukan kesilapan, kami akan pulang awal. Kami perlu memastikan kami mempunyai semua ‘senjata’ yang diperlukan dan menggunakannya sebaik mungkin untuk pergi jauh,” katanya.

Jika Maghribi berjaya menewaskan Kanada pada pusingan kali ini, mereka mungkin bakal berdepan sama ada Perancis atau Paraguay yang berentap dalam satu lagi aksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN