fbpx
Tangkap layar video sos meleleh keluar daripada botol selepas 'meletup', dipercayai telah rosak dan basi.

[VIDEO] Sos ‘meletup’, restoran didakwa sediakan sos basi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah restoran di Bangi didakwa tidak menitik berat kebersihan apabila menyediakan sos di dalam botol yang telah rosak dan basi, sekali gus boleh mengundang keracunan makanan kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads Yayaa Salimm, dia memuat naik video memperlihatkan sos di dalam botol yang meleleh, selepas dipercayai ‘meletup’ apabila penutup dibuka.

“Mamak ni banyak kali pergi mesti ada je benda tak kena. Ni kali terakhir pergi, sos ‘meletup’ ye. Cakap dengan pekerja pun serabut. Asyik salah order, diorang tak pandai cakap Melayu. Lepas tu ada sekali tu pergi, penuh lipas kat tempat duduk belakang,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang menjelaskan bahawa kemungkinan sos itu ‘meletup’ dan meleleh keluar daripada botol dipercayai ia telah rosak dan basi.

“Tambah sos baharu tapi tak basuh botol. Akhirnya sos jadi basi dan bakteria merebak dalam, lepas tu hasilkan tekanan sebab gas makin banyak dan bekas pula tertutup. Jadi lepas buka akan meletup,” komen pengguna Threads Ammarhaz.

“Sos baharu campur yang lama tu. Bawah sos lama dah tarikh luput, jadi buih macam ni,” komen Einaburn.

“Ni kes selalu sos cepat basi rasa masam. Sos lama masih ada dalam botol dan ditambah sos baharu. Lama-lama sos baharu akan mula masam berjangkit daripada sos lama. Sebab tu digalakkan basuh dan keringkan terus botol, baru tambah sos baharu,” komen Amirrul371. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN