fbpx
AUSTRIA mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 72 tahun lalu, namun perlu berdepan Sepanyol. - AFP

Piala Dunia 2026: Austria tidak peduli status La Roja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Austria akhirnya menamatkan penantian selama 72 tahun untuk kembali beraksi di pentas kalah mati Piala Dunia selepas memastikan tempat ke pusingan 32 terbaik menerusi keputusan dramatik pada aksi terakhir Kumpulan J.

Skuad kendalian Ralf Rangnick mengesahkan kemaraan sebagai naib juara kumpulan apabila seri 3-3 dengan Algeria hasil jaringan penyamaan pada masa kecederaan sekali gus mengatasi lawan itu menerusi kelebihan perbezaan gol.

Bagaimanapun, mereka perlu berdepan tugas yang cukup berat untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terbaik apabila perlu berdepan Sepanyol di Stadium Los Angeles awal pagi esok.

Rangnick mengakui dalam bola sepak status pilihan tidak pernah memberikan apa-apa jaminan dan mahu semua para pemainnya percaya mengenai kemampuan serta kemungkinan mereka untuk menewaskan Sepanyol.

“Siapa sangka Turki akan tersingkir selepas hanya dua perlawanan?Jadi kami sangat gembira kerana berada dalam kumpulan yang paling sukar dan kami berjaya mara sebagai naib juara kumpulan. Itu sememangnya bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Rangnick berkata beliau masih sukar untuk menerima dan memahami keputusan yang melayakkan pasukannya ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.

“Saya berasa lega, sukar mempercayainya, dan sangat gembira. Saya masih tidak percaya perkara ini benar-benar berlaku. Saya rasa seperti perlu dicubit untuk memastikan saya benar-benar sudah terjaga daripada mimpi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN