fbpx
MOHD. SHARKAWI membantu mengemaskan rambut Ahmad Maslan sebelum sidang akhbar bermula ketika menghadiri Program Komuniti 'Meh Lah Pontian: Kelana Keringat' sempena FHMAPK 2026 di Taman Rekreasi Tampok Laut, Benut, Pontian hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

PRN Johor: Ahmad bergurau minta sapu peluh, sikat rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kesibukan pengamal media membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 bertukar ceria apabila Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan mencetuskan momen santai menerusi gurauan spontan sebelum sidang media bermula.

Gelagat Ahli Parlimen Pontian itu berjaya mencuit hati petugas media apabila beliau secara berseloroh meminta bantuan bagi memastikan penampilannya lebih kemas sebelum berdepan kamera.

Wartawan Kosmo!, Mohd Sharkawi Londing berkata, Ahmad pada awalnya bertanyakan sama ada terdapat kesan peluh pada wajahnya sebelum menghulurkan sapu tangan untuk dibantu mengelapnya.

Menurutnya, situasi itu pada awalnya dilihat biasa sebelum bertukar menjadi lebih mencuit hati apabila beliau turut diminta membantu merapikan rambut pemimpin berkenaan.

“Mula-mula wajahnya berpeluh, beliau hulur sapu tangan minta lapkan sebab tak nak nampak peluh dalam kamera, saya pun lapkan dan betulkan rambutnya sedikit supaya nampak lebih kemas.

“Sekali beliau hulur sikat, saya pun sikatkan rambut beliau,” katanya.

Momen santai itu turut mengundang gelak tawa beberapa pengamal media yang berada di lokasi ketika masing-masing sibuk membuat persediaan liputan berkaitan PRN Johor.

Terdahulu, Ahmad menghadiri Program Komuniti ‘Meh Lah Pontian: Kelana Keringat’ sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 di Pusat Rekreasi Tampok Laut, di sini.

Meskipun sibuk dengan jadual padat kempen dan program rasmi, tindakan spontan beliau dilihat berjaya mewujudkan suasana santai sekali gus meredakan tekanan petugas media yang sedang bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN