TERLETAK di Negeri Sembilan, Gunung Angsi merupakan antara destinasi pendakian popular dalam kalangan peminat aktiviti lasak kerana laluan treknya yang mencabar, namun masih sesuai untuk pendaki pelbagai tahap. Dengan ketinggian sekitar 825 meter dari paras laut, gunung itu sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menguji stamina dan ketahanan mental, khususnya melalui variasi laluan yang berulang dan memerlukan disiplin pendakian yang tinggi. Cabaran tiga ‘loop’ yang semakin mendapat perhatian atau trend ramai pula menambah dimensi baharu kepada pengalaman mendaki gunung……














